Felda Tementi, Bubur Asyura

Raya Cina aku balik rumah atuk afiq kat Felda Tementi, Triang Pahang.
Alah bisa tegal biasa, perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam bagai tak terasa. Pelbagai rancangan sudah di pelan dari awal.
Bermula dengan seawal jam 3pagi aku bergerak ke pasar borong bersama mem mencari lauk kenduri doa selamat (lenggang perut adik ipar aku). Jam 6.30 pagi aku mula menyusur lebuh raya karak berteman kan sinar fm dari corong radio.
Lebih kurang 8.30 pagi aku sampai di kampung atuk afiq, terdengar hiruk pikuk dari rumah long di sebelah sbb orang sibuk masak untuk majlis pertungan anaknya.
Hari bagai terlalu lama berlalu sebab banyak kerja dan mata aku semakin berat sebab dapat lelap 2jam jer malam tu. Pedih bijik mata usah cerita lah..tp tgk nenek afiq sorang2 potong siput sedut dlm gerimis aku terus capai pisau joint dia siapkan potong siput.
Malam tu sibuk ler dgn kenduri, orang ramai sbb aku rasa atuk afiq panggil geng2 luar dia sbb orang blok tu ada banyak kenduri. Aku puas hati tgk diorang makan siput tuh..rasa berbaloi ler beli dari pasar borong selayang. Tapi aku rasa ini kali terakhir buat menu siput nih..tak larat ndak siang siot.
Esok nyer lak diorang buat bubur asyura style kelantan..banyak tul aktiviti diorang nih..aku layankan jer..pagi2 diorang dah bising suh adik ioar carik kelapa..aku wat tak paham jer..ekekeke..tp pas tu kena parut kelapa lak..start dari awal pagi sampai la kul 5 petang baru sumer selesai..gilak ahh dah mengalahkan buat dodol lak.
Ngam kol 5.30pm aku gerak ke tg karang ...ndak kejar kenduri marhaban anak adik aku.
Kol 9 aku terpacak kat umah mak aku. Letak bubur asyura dari pahang atas meja aku terus siap2 gerak ke parit 3 lak. Mujur sempat sampai sana sblm kenduri abis.
Cuti raya cina ni aku penuhkan ngan komitmen bersama keluarga.
Pagi ini aku start dengan layan abang ramli ngan abang rahim mancing ikan puyu seawal jam 7.30 pagi. Ikan dah bangun ker?
Jam 9 pagi aku begerak ke HSB, kerja kerja...demi sesuap nasik bak kata member aku.


Baju putih tu yg kerja kuat tuh..



Didi the photographer

makcik makcik kecoh, potong sayur satu dua pastu mula citer norman hakim lah..mimi lah...anyway diorang ler main power.

Comments

Anonymous said…
dahsyatt tuh kawah besar....
Azli Rimon said…
Tu ler ..ikut sedap diorang jer duk bubuh kawah besor2..isik penuh2..yang tukang kacau dia mcm ndak tercabut tangan. Habis sakit urat belikat wehhhh...

Popular Posts