Kenapa aku masih disini.

Kenapa aku masih disini..
Tidak berani mengubah arah..
kerana matahari sentiasa terbit dari arah yang itu?
Tapi hujan di langit siapa yang tentukan.
Kuatkah hati menahan angin bakal menerjah muka...


Lalangkah aku andai ku ikutkan angin bertiup..
Tiangkah aku andai terus bergini..
Melihat hari2 nan berlalu...dan terus berlalu..
dan aku masih disini dan bergini.

Mampukah aku..mampukah aku..
Hari yang lepas menjadi batu ukuran..
walau jalan tidak sama aku harapkan cahaya di hujungnya

Comments

Popular Posts